sukan

Sah JDT bawa masuk Import kedua termahal

uara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Francisco Geraldes sebagai pemain import terbaharu mereka hari ini.

Pemain berusia 28 tahun kelahiran Portugal itu adalah bekas pemain kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), FC Baniyas.

Geraldes yang mesra disapa Chico itu diperkenalkan melalui video yang dimuat naik di laman sosial rasmi JDT dengan pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan Portugal bawah 18 dan 21 tahun berkenaan akan menggantikan Leandro Velazquez.

Berdasarkan rekod, Geraldes yang beraksi di bahagian tengah pernah beraksi dengan beberapa kelab besar di Eropah seperti Sporting Lisbon, Eintracht Frankfurt dan AEK Athens di Greece.

Pengumuman kehadiran Geraldes itu menyaksikan dia menjadi pemain import kedua yang dibawa masuk JDT bagi menghadapi musim 2024/2025 selepas pemain antarabangsa Syria, Jalil Elias.

sumber:- BH

Berdasarkan laman Transfermarkt, nilai pasaran Geraldes berharga 2.5 juta Euro (RM12.72 juta) sekali gus berada di tangga kedua pemain paling mahal Liga Malaysia selepas Jalil yang bernilai RM15.2 juta.