sukan

Pulang awal di aksi sulung Piala Asia

Peminat mula meninggalkan stadium seawal rehat babak pertama pada perlawanan pembukaan Piala Asia di Qatar awal pagi tadi, dalam ulangan insiden yang dilihat ketika Piala Dunia.

Selepas sejam, sekalipun tuan rumah mendahului 2-0 ke atas Lubnan ketika itu, Stadium Lusail di Doha kelihatan separuh kosong, menurut seorang wartawan AFP.

Ketika sepak mula, gelanggang itu dilihat hampir penuh, dengan catatan kehadiran penonton rasmi adalah 82,490 – hanya kurang 6,000 daripada kapasiti.

Namun dalam 10 minit terakhir hampir keseluruhan stadium kosong.Qatar bukannya negara tradisi bola sepak, namun kerajaan menyuntik dana dalam sukan itu sejak ia diberikan hak untuk menganjurkan Piala Dunia 2022.

Pada Piala Dunia, perlawanan membabitkan tuan rumah sering kali berakhir dengan kerusi kosong, sekalipun mereka kalah semua tiga perlawanan.

sumber:- BH

Perlawanan awal pagi tadi adalah yang pertama bagi Piala Asia yang menampilkan 24 pasukan dan berlangsung hingga 10 Februari depan. – AFP