sukan

Axelsen dan Tzu Ying beri komen kejatuhan pemain Malaysia

Perseorangan nombor satu dunia, Viktor Axelsen, mengakui komposisi fizikal amat penting bagi pemain Malaysia seperti Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, sekiranya ingin bersaingan di peringkat kompetitif.

Ianya amat penting dalam membantu ketika ingin mematikan pukulan dalam kadar yang pantas dan memperoleh kemenangan.

Hasrat sama disuarakan perseorangan wanita Chinese Taipei, Tai Tzu Ying, turut mengakui perseorangan wanita negara perlu memantapkan aspek fizikal menerusi jurulatih yang benar- benar memiliki pengetahuan jika benar-benar mahu bersaing dalam kelompok teratas dunia.

sumber:- SA

Jelas Tzu Ying, dia melihat pemain perseorangan wanita negara memiliki keupayaan yang baik daripada pukulan smash dan taktikal, namun jika aspek fizikal diambil sambil lewa, pemain negara akan tersungkur awal.