sukan

Yew Sin-Ee Yi cemerlang mara

Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi langkah kanan selepas berjaya menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han 21-14 dan 21-15 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Mengimbas kembali pertemuan di antara kedua-dua pasangan beregu itu, Yew Sin-Ee Yi berjaya menewaskan beregu berkedudukan ke-23 dunia itu sebanyak empat kali dalam tujuh pertemuan sebelum ini.

Permulaan set pertama sudah cukup membuktikan kemampuan beregu negara itu dalam mendominasi seluruh perlawanan apabila rentak terbaik dapat dicipta seawal mata ke-3 perlawanan.

Walaupun Ching Yao-Po Han cuba untuk mengejar mata dan membawa perlawanan ke ‘rubber set’ pada set kedua, namun segala usahanya tidak membuahkan hasil selepas Yew Sin-Ee Yi berjaya mengembalikan rentak terbaik mereka sehingga ke mata kemenangan.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Ee Yi berkongsi kemenangan itu adalah permulaan yang baik buat mereka selepas dia baru sahaja pulih dari kecederaan dan Yew Sin juga banyak membantu dia ketika perlawanan.

“Permulaan yang bagus, saya juga baru selesai proses pemulihan dan Yew Sin banyak bantu saya dalam gelanggang,” kata Ee Yi.

sumber:- SA

Perlawanan yang mengambil masa selama 41 minit itu tampak mudah apabila Yew Sin-Ee Yi bijak mengambil peluang atas kealpaan pihak lawan.