sukan

Geran lebih menarik, TMJ tampung kos selenggara

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuktikan betapa mereka serius dalam melahirkan pemain bola sepak berkualiti pada masa akan datang dengan memberikan perhatian kepada perkara asas, iaitu padang.

Kesepakatan kedua-dua organisasi itu menerusi kerajaan negeri mampu menjayakan kempen penanaman padang rumput jenis Zeon Zoysia untuk perlawanan bola sepak.

Agenda utama Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia Dan Taklimat Pengurusan Stadium Dan Venue Liga-M selama dua hari di Iskandar Putri, Johor, yang bermula hari ini ialah melibatkan isu kualiti padang.

Sebelum ini, geran Zeon Zoysia bernilai RM1 juta yang ditawarkan KBS menerima sambut dingin tetapi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memahami dilema yang dihadapi stadium negeri.

“15 juta peminat Liga Malaysia adalah sangat besar merangkumi ekonomi RM600j setahun.”Soal mengapa tawaran penanaman Zeon Zoysia ditolak pada 2023 atas sebab tertentu seperti aspek saliran air.

“Kalendar liga akan berubah dan akan masuk musim hujan. Itu sebab sebagai keutamaan semua negeri perlu menaik taraf stadium sedia ada.

“Sebab itu kami tawarkan geran ini kepada 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media bagi mengulas lanjut mengenai ucapan Presiden Liga Malaysia (Liga-M), Datuk Abdul Ghani Hassan, yang turut ditemani Setiausaha Agung MFL, Datuk Stuart Ramalingam.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail, turut mencemar dulu hadir sebagai tetamu dalam sidang media ini. .

Geran bernilai RM500,000 ini terbahagi kepada RM300,000 untuk tujuan naik taraf saliran, manakala RM200,000 lagi untuk penanaman rumput yang akan dibayarkan kepada kerajaan negeri dan perlu disiapkan sebelum Mei ini.

Malah, tawaran ini juga datang dengan bantuan Tunku Ismail sebanyak RM300,000 ( jumlah RM4.2j) bagi mengekalkan kos penyelenggaraan padang tersebut selama 15 bulan.

sumber:- SA

“Kerajaan negeri akan mainkan peranan dan kejayaan liga ini bermaksud bahawa rakyat mempunyai masa aktiviti berfaedah dan penjanaan ekonomi akan berterusan menerusi langkah ini,” kata Hannah lagi.