sukan

Syabas Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengucapkan syabas dan menyifatkan kejayaan Harimau Malaya mara ke Piala Asia di Qatar sebagai detik yang membanggakan negara.

Kejayaan skuad kebangsaan mara secara merit selepas 40 tahun merupakan satu prestasi yang amat membanggakan Malaysia.

“Apabila turun ke padang dan kalau anda fikirkan boleh, anda pasti boleh melakukan yang terbaik.”Tahniah kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan jurulatih, Kim Pan-gon, kerana membantu Harimau Malaya melangkah sejauh ini,” katanya dalam satu kenyataan.

sumber:- SA

Hannah turut mengumumkan berita menarik untuk Ekor Harimau dengan Tayangan Skrin Besar di seluruh negara termasuk Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk ketiga-tiga perlawanan membabitkan Malaysia.