sukan

Liverpool singkir Arsenal

Satu gol sendiri Jakub Kiwior dan jaringan saat akhir Luis Diaz memastikan kemenangan 2-0 Liverpool di Arsenal pada hujung minggu yang didominasi pusingan ketiga Piala FA Inggeris ketika persembahan hambar tuan rumah berterusan pada tahun baharu awal pagi tadi.

Arsenal mensia-siakan berkarung peluang pada babak pertama dan dihukum apabila sepakan percuma kapten Liverpool, Trent Alexander-Arnold tertanduk ke dalam gol sendiri oleh Kiwior pada minit ke-80.

Diaz kemudian memastikan tempat ke pusingan keempat buat juara lapan kali Liverpool apabila dia merembat masuk pada minit kelima masa kecederaan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool lebih banyak menjadi pemerhati pada babak pertama namun Arsenal gagal menggunakan banyak peluang awal – kapten Martin Odegaard hampir membuka tirai jaringan apabila rembatan kencangnya terkena palang.

Liverpool meningkatkan corak permainan selepas rehat dan 7,000 penyokong mereka yang hadir bergembira dengan dua gol lewat.

Arsenal kini kalah tiga perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.”Kami mengubah banyak perkara selepas rehat dan kami keluar serta bermain bola sepak dan mencipta peluang,” kata Alexander-Arnold said.

sumber:- BH

“Ada masanya pada babak pertama kami agak naif… Percubaan kami terkena palang beberapa kali, jadi kami juga mencipta peluang dan menjelang akhir perlawanan, kami menyempurnakannya.” – REUTERS