BEKAS bekas juara beregu lelaki, Tan Boon Heong mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk peminat badminton negara menyaksikan pemain kebangsaan merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia 2024 yang menyingkap tirai esok hingga Ahad di Arena Axiata.
Katanya, jangkaan tinggi diletakkan terhadap pemain kebangsaan untuk berada di podium, ditambah kelebihan beraksi di laman sendiri, dengan sokongan peminat secara tidak langsung menambah tekanan tambahan kepada pemain.
“Memenangi Terbuka Malaysia bukan mudah, hanya Datuk Lee Chong Wei yang menang berkali-kali.
“Pemain mesti fokus pada setiap mata, setiap perlawanan.
“Saya pernah mengalami ketika kami hampir kalah, ada penyokong yang marah… Ini adalah tekanan.
“Walaupun bukan semua peminat bersikap begini, segelintir penyokong akan bertindak begitu.”Kami tidak boleh mengawal semua peminat, jadi kami perlu fokus kepada persembahan kami, namun ia bukan alasan, pemain mesti mampu menangani tekanan.
“Pada masa sama, saya juga berharap peminat dapat memahami bahawa pemain bekerja keras untuk menang, tetapi tidak semua orang boleh muncul sebagai juara, hanya seorang juara,” katanya ketika ditemu bual pemberita di Arena Axiata pada Isnin.
Sebagai rekod, Boon Heong pernah memenangi kejuaraan pada 2007 dan 2010 bersama Koo Kien Keat.Dalam pada itu, Boon Heong mengakui beraksi di hadapan peminat di laman sendiri sememangya memberi cabaran lebih besar kepada pemain negara dalam meraih kejuaraan.
“Ketika saya menang gelaran pertama, saya masih muda yang tidak bimbang sebarang tekanan dalam membuktikan kemampuan saya.
“Saya bermula dari pusingan kelayakan ketika itu, baru 19 tahun dan tidak takut berdepan mana-mana pemain.
sumber:- SH
“Tetapi selepas ranking dunia meningkat, maka semua peminat menjangkakan kami menang dan mula berdepan tekanan,” katanya.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More