sukan

Terkini: Fernando Forestieri sah tinggalkan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan bahawa penyerang berbisa skuad itu, Fernando Forestieri sah dilepaskan bagi musim 2024/2025.

JDT dalam satu kiriman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi memberikan penghargaan dan ucapan selamat maju jaya buat penyerang itu.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernando Forestieri atas sumbangannya kepada Harimau Selatan sejak menyertai kelab pada permulaan musim 2002,” kata kenyataan itu.

sumber:- SA

Forestieri yang sempat bersama skuad Harimau Selatan itu selama dua musim sejak 2022, antara yang banyak membantu pasukan mengecapi kejayaan ‘double quadraple’ dengan menghasilkan 47 jaringan menerusi 69 penampilan bersama JDT.