sukan

Saya dan Pan gon saling memahami

Junior Eldstal melahirkan keterujaannya selain menganggap ia satu penghormatan buatnya sambil bertekad mendapatkan peluang beraksi di pentas Piala Asia 2023.

Pertahanan berpengalaman itu mengakui bukan mudah untuk berada dalam kalangan 26 pemain yang bakal memikul cabaran Harimau Malaya dalam kempen kempen di Qatar, namun bersyukur masih tersenarai.

Dia juga berterima kasih kepada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon, yang sentiasa menaruh kepercayaan penuh kepadanya sambil menegaskan sedia mencurahkan segala kudrat.

Pemain berusia 32 tahun itu percaya Pan-gon dan barisan kejurulatihannya sudah memiliki perancangan rapi bagi menghadapi tiga perlawanan getir peringkat Kumpulan E yang bakal membuka tirai pada 16 Januari depan bertemu Jordan.

“Ini satu peluang penghormatan bagi saya. Saya dan Pan-gon saling memahami.”Dia tahu kualiti saya, tahu bila untuk gunakan saya dalam perlawanan tertentu.

sumber:- SA

“Saya mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada jurulatih.”Kesempatan berada di sini merupakan satu penghormatan yang besar,” katanya yang telah membuat 18 penampilan.