sukan

Arif Aiman dan Faisal mampu — Bekas tonggak kebangsaan

Bekas tonggak Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin, menganggap Kim Pan-gon memiliki skuad terbaik untuk menghadapi Kejohanan Piala Asia Qatar 2023.

Menurut Indra Putra, kekuatan Harimau Malaya terletak di bahagian serangan dengan tumpuan sudah semestinya terarah kepada dua pemain, iaitu Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim, yang dilihat mampu menghadirkan 1001 satu masalah buat pihak lawan.

Pemain yang pernah membuat 56 penampilan antarabangsa itu turut percaya bahawa Malaysia mampu mencipta kejutan dan mencuri mata terutama ketika berdepan Jordan dan Bahrain.

Status sebagai pasukan ‘underdog’ juga sedikit sebanyak mengurangkan tekanan buat Malaysia di samping memberikan suntikan semangat menentang pasukan yang diletakkan sebagai pilihan.

“Pasukan yang ditubuhkan Pan-gon merupakan pasukan yang kuat dan setiap posisi ada peranan masing-masing.
“Pan-gon akan buat sesuatu untuk pastikan pasukan kebangsaan mampu pergi jauh.”Kekuatan kita adalah di bahagian serangan untuk pastikan kita boleh pergi jauh.

“Arif Aiman dan Faisal mampu membuat pergerakan yang boleh mengelirukan pihak lawan, mereka berdua pemain terbaik di bahagian sayap.

sumber:- SA

“Setiap pemain perlu menggalas nama pasukan kebangsaan sementara berada dalam Piala Asia merupakan pentas besar untuk mencipta nama dan sejarah pasukan kebangsaan,” katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.