sukan

Rekod pemain termahal

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam mengumumkan secara rasmi ketibaan Jalil Elias dari Syria sebagai pemain import baru skuad Harimau Selatan itu.

Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.

Video yang dimuat naik di semua platform media sosial rasmi kelab itu memaparkan Jalil dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri menaiki kereta jenis Hummer Limousine.

Sejurus tiba di SSI, Jalil disambut oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, sebelum menandatangani kontrak.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebelum ini mengesahkan Elias akan menyertai Harimau Selatan bulan ini.

Baginda, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), percaya kehadiran perancang tengah berusia 27 tahun itu mampu memberikan lebih keseimbangan di jentera tengah Harimau Selatan.

Elias akan mengisi kuota import Harimau Selatan dengan beberapa pemain import musim ini dilepaskan termasuk Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.

Elias, atau nama sebenarnya Jalil Juan Jose Elias, sebelum ini beraksi dengan beberapa pasukan dan kelab terakhir yang disertainya adalah San Lorenzo dari 2021 hingga 2023.

sumber:- SA

Dia kini merupakan pemain termahal Liga Malaysia (Liga-M) mencecah nilai 3 juta Euro (RM15.2 juta).
Sebelum ini, nilai arkitek berbisa itu dianggarkan pada tanda harga 2.75 juta Euro (RM14.3 Juta).