sukan

Manchester City kembali ceria

Mesin gol Manchester City, Erling Haaland akhirnya kembali menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan kaki.

Haaland tidak bermain untuk City sejak mereka tewas 0-1 kepada Aston Villa Disember lalu.

Penyerang itu mengalami kecederaan kaki yang menyebabkan dia tidak dapat menyertai Piala Dunia Kelab namun dilaporkan sudah hampir pulih.

City memaklumkan bahawa penyerang itu sudah kembali berlatih menjelang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Huddersfield Town dan memuat naik gambar pemain itu di media sosial mereka.

City pasti teruja apabila penjaring terbanyak mereka kembali beraksi walaupun mereka tidaklah terlalu teruk semasa ketiadaannya.

City memenangi Piala Dunia Kelab, menewaskan Crvena Zvezda dalam saingan Liga Juara-Juara dan menikmati kemenangan Liga Perdana ke atas Luton, Everton dan Sheffield United tanpa penyerang itu.

Haaland menjaringkan gol terbanyak daripada mana-mana pemain dalam lima liga utama di Eropah dalam semua pertandingan pada 2023 dengan 44 gol untuk pasukan Pep Guardiola.

Bagaimanapun masih menjadi persoalan sama ada dia diturunkan menentang Huddersfield atau disimpan di bangku simpanan.

sumber:- HM

City kemudian menentang Newcastle dalam Liga Perdana dan boleh mengurangkan jurang mata dengan pendahulu Liverpool kepada dua mata sekiranya mereka melakar kemenangan.