Sebelum perlawanan pertama kumpulan E, pasukan Bahrain bakal jadikan Australia sebagai medan persiapan terakhir sebelum mulakan kempen Piala Asia 2023.
Skuad yang dibawa Juan Antonio Pizzi itu sudah pun berada di Doha sejak semalam untuk mulakan kem latihan terakhir sebelum menentang Korea Selatan (15 Januari), Malaysia (20 Januari) dan Jordan (25 Januari.
Mengikut rekod semasa, skuad Harimau Malaya tidak pernah menang ke atas Bahrain dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.
Rekod terbaik Malaysia menentang mereka adalah keputusan seri pada 2007 dan 2013.Dalam perlawanan terakhir dengan Bahrain, Harimau Malaya hadapi kekalahan 2-1 (2022) di laman sendiri.
sumber:- SA
Persoalannya, mampukah skuad Kim Pan Gon akhiri ‘badi’ kemenangan ke atas Bahrain 20 januari nanti? Sama-sama kita nantikan.