sukan

JDT sah perkenal pemain termahal secara rasmi

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya secara rasmi mengumumkan Jalil Elias sebagai pemain import baharu skuad Harimau Selatan.

Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah mengesahkan Elias akan menyertai Harimau Selatan bulan ini.

TMJ percaya kehadiran perancang tengah berusia 27 tahun itu mampu memberikan lebih keseimbangan di jentera penggerak Harimau Selatan.

Elias akan mengisi kuota import Harimau Selatan dengan beberapa pemain import musim ini dilepaskan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu termasuk Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.

Elias atau nama sebenarnya Jalil Juan Jose Elias sebelum ini beraksi dengan beberapa kelab dan kelab terakhir yang disertainya adalah San Lorenzo dari 2021-2023.

sumber:- BH

Kehadiran pemain dari Argentina itu menyaksikan dia kini memegang status sebagai pemain termahal Liga M dengan nilai tiga juta Euro (RM15.2 juta).