sukan

Perak Lepas 17 pemain, kuatkan lagi khabar angin kaitkan pemain JDT

Perak FC mengumumkan sudah melepaskan 17 pemain skuad 2023 sempena menghadapi musim baru.Beberapa pemain juga diberitakan berpindah berikutan dilamar kelab lain.

T Shaheeswaran dan Azeem Farhan antara yang digugurkan oleh skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Haziq Nazli akan mengisi kekosongan sebagai penjaga gol.