sukan

MFL sah terima rayuan Kelantan FC

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, mengesahkan pihaknya sudah pun menerima surat rayuan daripada Kelantan FC semalam (Isnin) susulan keputusan ‘First Instance Body’ (FIB) menolak permohonanan lesen kebangsaan pasukan berkenaan.

Dalam satu sesi temubual bersama wartawan Astro Arena,, MFL juga turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seandainya terpaksa melangsungkan Liga Super Musim 2024/2025 dengan hanya melibatkan 13 buah pasukan.

“Kehilangan pasukan Kelantan FC dalam Liga Super juga adalah kehilangan besar dari aspek komersial.
“Segala keputusan yang bakal dibuat luar daripada bidang kuasa MFL ketika ini.

“Saya tidak boleh kata peluang cerah atau tidak, tanggungjawab atas Kelantan FC sendiri, jika perkara itu boleh diselesaikan atau tidak,” kata Stuart.

sumber:- SA

Stuart juga menegaskan proses rayuan itu bukan sekadar serahan dokumen-dokumen yang baru tetapi pihak FIB juga akan menilai semula keputusan yang telah ditetapkan sebelum ini.