sukan

Koo Ja Cheol akui tertarik dengan pasukan Malaysia

Meskipun hadir sebagai pasukan kerdil di pentas Piala Asia 2023, namun skuad Harimau Malaya tetap mendapat perhatian pada kejohanan yang akan berlangsung di Qatar bermula 12 Januari ini.

Bekas kapten Korea Selatan, Koo Ja Cheol mengakui Malaysia sebagai antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di pentas tertinggi Asia itu.

Katanya, setelah lama tidak bersaing di Piala Asia, penampilan semula pasukan seperti Malaysia bakal menjadi tumpuan terutama dengan Harimau Malaya mempunyai penyokong yang hebat.

“Saya fikir tindakan memperbesarkan pertandingan Piala Asia kepada 24 pasukan (pada 2019) menjadikan kejohanan itu sangat menarik. Ia memberi kami peluang untuk melihat persaingan antara pelbagai negara di seluruh Asia.

“Sejujurnya, semua kumpulan kelihatan sangat menarik dan beberapa pasukan membuat kemunculan semula. Saya tidak sabar untuk menyaksikan pertandingan terutama dalam Kumpulan E membabitkan pasukan Korea Selatan.

“Lebih-lebih lagi, saya teruja untuk melihat beberapa pasukan seperti Malaysia dan Hong Kong selain China yang terkenal dengan peminat mereka yang sangat bersemangat,” katanya di laman rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Harimau Malaya bakal berdepan cabaran besar di Piala Asia apabila diundi bersama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Skuad kendalian Kim Pan Gon akan membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan pada awal pagi (waktu Malaysia), 16 Januari ini sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Selain itu, Ja Cheol yang juga penjaring terbanyak Piala Asia 2011 menyifatkan kejohanan kali ini sebagai peluang terbaik buat Korea Selatan menamatkan penantian menjulang trofi itu selepas kali terakhir memenanginya pada 1960.

“Saya fikir ini adalah salah satu peluang terbaik kami untuk memenangi gelaran. Kami mempunyai pemain yang boleh dicontohi, Son Heung Min dan secara peribadi, saya mahu melihat dia merangkul trofi itu.

sumber:- BH

“Dia seorang lagenda dalam kalangan lagenda di Korea Selatan. Malah, lihat barisan pemain di sekelilingnya yang boleh diharapkan. (Kim) Min Jae bermain dengan baik di Bayern Munich,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago