sukan

Kelemahan Malaysia dalam ‘poket’ dua pemain Jordan

Kim Pan-gon perlu risau dengan kehadiran dua pemain kebangsaan Jordan yang berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia, Noor Al-Rawabdeh dan juga Yazan Al-Arab.

Ini apabila hanya beberapa hari sahaja lagi saingan Piala Asia akan bermula dengan Malaysia berada dalam satu kumpulan yang sama dengan Jordan.

Rawabdeh berjaya bantu Selangor raih slot ke saingan Asia musim depan manakala Yazan pula pernah berada dalam barisan pertahanan Gergasi Merah sebelum ditamatkan kontrak atas kontroversi menyerang pengadil.

Yang pasti, mereka sangat cakna dengan kelebihan yang dimiliki Harimau Malaya selepas punyai pengalaman berhadapan dengan majoriti daripada barisan pemain Kim Pan-gon.

Dua pemain itu antara yang akan bawa cabaran Jordan di Doha apabila tersenarai dalam barisan 26 pemain pasukan Al-Nashama yang diketuai Ketua Jurulatih dari Maghribi, Hussein Ammouta.

sumber:- SA

Mereka akan hadapi persiapan terakhir berdepan Qatar (5 Januari) dan Jepun (9 Januari) sebelum hadapi Malaysia dalam perlawanan pertama kumpulan E pada 16 januari nanti.