sukan

Komen bos MFL langkah drastik JDT

Langkah Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memperkecilkan bajet perbelanjaan kelab itu wajar diberikan pujian.
Perkara itu dipersetujui Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, yang percaya tindakan itu harus dicontohi pasukan lain bagi mengekalkan kestabilan kewangan sepanjang musim.

Stuart juga tidak menafikan pelepasan pemain Harimau Selatan ke pasukan lain mampu meningkatkan tahap kompetitif Liga Malaysia musim depan.

“Saya tidak boleh komen mengenai teknikal dan taktikal kerana ia keputusan dalaman pasukan,” katanya kepada wartawan .

“Tetapi ini satu contoh yang baik kepada semua pasukan kerana kita tahu JDT merupakan penanda aras dalam liga kita dan pendekatan penjimatan yang diambil mereka menunjukkan teladan pengurusan kelab yang baik, di mana keperluan memastikan kesinambungan dan pemanjangan sesebuah pasukan dikekalkan.

“Seperti yang kita tahu, JDT membuat pelaburan yang amat banyak, bukan sahaja di atas padang tetapi pelaburan mereka untuk berjaya selama 10 tahun ini adalah kejayaan dalam pelaburan di belakang tabir seperti infrastruktur, pusat latihan dan sains sukan.

sumber:- SA

“Saya rasa ia wajar dicontohi semua pasukan.”Selain itu, pemain yang dilepaskan JDT merupakan pemain senior yang masih berkaliber. Mereka akan meningkatkan nilai mana-mana pasukan yang mereka pergi,” katanya.