sukan

Ibarat mimpi jadi kenyataan — Safawi

Penyerang negara, Safawi Rasid, berkata peluang untuk beraksi dalam Piala Asia Qatar 2024 bulan depan ibarat mimpi jadi kenyataan.

Ini selepas pemain kelahiran Terengganu itu berpeluang melakar sejarah tersendiri beraksi di pentas Asia selepas mewakili negara dalam Piala Asia B-23 di China pada 2018.

Menurutnya kejohanan lima tahun lalu itu memberikannya kenangan indah, sekali gus menjadi pembakar semangat untuknya menyerlah bersama skuad negara di Qatar bulan depan.

“Walaupun saya kurang bermain tahun ini, saya rasa ini peluang terbaik untuk saya,” katanya seperti yang dipetik Astro Arena.

“Kerana lima tahun lalu, pada 2018, saya bermain dalam Piala Asia B-23 dan tahun ini, saya sekali lagi dapat peluang untuk bermain dalam Piala Asia peringkat senior.

sumber:- SA

“Ini merupakan pentas tertinggi buat saya, jadi saya akan memberikan yang terbaik jika diberikan peluang,” katanya.