sukan

Antara Punca JDT kurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus

Juara ‘double quadruple’, Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin terpaksa berjimat apabila mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus selepas kehadiran penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) berada pada tahap kurang memuaskan.

Pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui SSI dengan kapasiti 40,000 tempat duduk itu jarang dipenuhkan sekalipun harga tiket tempat duduk terbuka hanya RM10 ketika skuad Harimau Selatan sudahpun mencipta pelbagai kejayaan dan pencapaian hebat.

“Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan keluar daripada kelab. Proses berjimat. Stadium jarang penuh. RM10 aja ticket open.

“Apapun kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” kata Tunku Ismail menerusi satu komen di Instagram.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan.

Situasi ini menyaksikan barisan kejurulatihan pasukan itu terpaksa dirombak dengan tidak akan tidak akan menggunakan khidmat ketua jurulatih, Esteban Solari bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024 dan 2025.

Selain Solari, barisan kejurulatihan yang tidak akan bersama juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.

Bukan sahaja barisan kejurulatihan turut terbabit dalam penstrukturan malah beberapa pemain juga tersenarai dalam transformasi yang dianggap besar-besaran oleh JDT dalam usaha untuk memantapkan lagi kewangan pasukan itu.

“Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab.

sumber:- BH

“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan penjaga gol, Haziq Nadzli,” kata JDT, semalam.