sukan

Arsenal cipta kejutan mahu beli Salah

Arsenal mengenal pasti sasaran baharu selepas menghantar pegawai bagi melihat peluang untuk menandatangani penyerang Rennes Ibrahim Salah, menurut laporan hari ini.

Salah menyertai Rennes pada Januari 2023 dari Gent tetapi spekulasi sudah pun berlegar mengenai hala tujunya selepas ini dan menurut Le360 Sport, dia kini menarik perhatian Arsenal.

Sumber dari Maghribi, negara diwakilinya ketika peringkat belia mendakwa Arsenal baru-baru ini menghantar wakil menyaksikan persembahan Salah di Rennes.

Salah menjaringkan tiga gol dalam 11 penampilannya di Ligue 1 musim ini dan turut beraksi untuk kelabnya di Liga Europa dengan menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan.

sumber:- HM

Kebanyakan penampilannya sebagai pemain gantian tetapi dia berusaha mencipta impak di bahagian sayap kiri.Pada usia 22 tahun, Salah antara bintang masa depan. Dia mula menarik perhatian banyak kelab termasuk Lille dan Valencia yang memantau perkembangannya selain kelab di negara kelahirannya, Belgium.