Ketua jurulatih Perak FC Yusri Che Lah berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi memperkuatkan Perak FC pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Yusri berkata ketika ini tiada perbincangan dilakukan dengan bekas pemain kebangsaan berusia 31 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.
“Ia hanya bersifat khabar angin dan kalau mahu tahu situasi ini dengan lebih terperinci boleh tanyakan kepada pihak pengurusan kerana perkara itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial bahawa Muhammad Faiz yang beraksi sebagai pemain berstatus pinjaman di Kelantan United FC pada musim ini, hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Perak.
Muhammad Faiz atau lebih dikenali sebagai ‘Messi’ mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan selain pernah menyarung jersi Kelab Bola Sepak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Felcra FC, Selangor FC dan Terengganu FC.
sumber:- BH
Selain itu, The Bos Gaurus telah berjaya menandatangani dua bekas pemain kebangsaan bawah 23 tahun iaitu Tommy Mawat Bada dari Negeri Sembilan FC serta Nur Azfar Fikri Azhar yang beraksi bersama Terengganu FC musim lepas. – BERNAMA
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More