sukan

Faisal Halim pernah terpalit kontroversi

Setiap pasukan terikat dengan etika yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang antaranya tidak boleh membuat luahan kontroversi.

Begitupun, kelantangan pemain Selangor, Faisal Halim, mengulas mengundang hukuman Jawatankuasa Tatatertib yang mendapatinya telah melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya pada 27 April itu.

Akibatnya, dia digantung sebulan daripada empat bulan yang sepatutnya dikenakan terhadapnya.
“Saya kecewa dengan cara kita kalah. Semua orang dah tahu, setiap tahun berulang. Saya sebagai pemain kalau berterus terang, saya tiada duit untuk bayar denda dan sebagainya.

“Kalau perlawanan adil, kami kalah 1-0, 10-0 pun kami terima tapi dengan cara ini kami tak boleh terima.
“Kami tahu ramai yang ingin menjatuhkan pasukan Selangor, ramai yang tak senang hati dengan pasukan Selangor.

sumber:- SA

“Tetapi inilah bola sepak, kami perlu bermain dengan adil dan kami perlu ingat tentang kejujuran. Kami dari pihak Selangor inginkan perubahan, tak nak benda yang sama berlaku,” katanya selepas perlawanan itu.