sukan

Yusri Che Lah dedah punca ikat Tommy Mawat

Perak FC mengorak langkah awal dalam memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila berjaya mendapatkan khidmat bekas bek kiri Negeri Sembilan FC, Tommy Mawat Bada.

Ketua jurulatih Yusri Che Lah berkata faktor pengalaman selain mampu beraksi di beberapa posisi pertahanan antara sebab bekas pemain kebangsaan bawah 23 tahun itu menjadi pilihannya.

“Dia memang pemain yang saya mahukan. Kalau kita lihat, Tommy antara pemain yang serba boleh kerana mampu beraksi sama ada di bahagian pertahanan kiri atau pertahanan tengah.

“Dari segi taktikal, dia mempunyai kemahiran yang bagus serta memenuhi kriteria saya khususnya dalam perencanaan formasi atau strategi pasukan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, melalui laman Facebook Perak Football Club hari ini, Tommy Mawat disahkan sebagai pemain rasmi skuad The Bos Gaurus bagi mengharungi kempen Liga M 2024.

Untuk rekod, pemain kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu mencatat dua jaringan bersama Negeri Sembilan yang menamatkan cabaran Liga Super di kedudukan kesembilan.

Selain itu, Yusri berkata kehadiran Tommy Mawat juga bagi memantapkan kesebelasan utama pasukan khususnya di benteng pertahanan.

“Kita ada masalah di bahagian pertahanan dan dengan adanya Tommy pada posisi (pertahanan) itu ia akan menambah kekuatan serta membantu barisan pemain sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih berasal dari Perlis itu juga menegaskan usaha pencarian pemain baharu akan diteruskan oleh pihak pengurusan, namun ia bergantung kepada bajet yang ditetapkan.

sumber:- BH

“Kita akui sukar untuk mendapatkan pemain bergelar bintang, namun usaha pencarian (pemain baharu) tidak akan terhenti di sini. Penelitian serta bajet juga perlu diambil kira sebelum keputusan dibuat,” katanya. – BERNAMA

Recent Posts

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New ZealandTERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

2 hours ago
Peringatan tegas kepada pemainPeringatan tegas kepada pemain
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

4 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

6 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

7 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

8 hours ago