sukan

Liverpool hilang Salah

Mohamed Salah bersiap sedia turun bersama Liverpool bagi pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal awal pagi Ahad ini namun dia mungkin terlepas dua lagi perlawanan berdepan The Gunners.

Penyerang berusia 31 tahun itu terdesak untuk mengemudi pasukan kendalian Jurgen Klopp mengatasi The Gunners sekali gus merampas semula tangga teratas di Anfield.

Bagaimanapun, penjaring terbanyak Liverpool dengan 15 gol itu akan mengalih tumpuannya mewakili Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika selepas ini.

Prospek kehilangan penjaring terbilang mereka sekitar empat minggu setiap dua tahun bagi kejohanan itu satu masalah yang diharungi Klopp sejak mengikat Salah dari AS Roma pada tahun 2017.

Namun senario itu tidak semakin mudah dan sekali lagi bos The Kop perlu menyesuaikan taktikalnya bulan depan susulan ketiadaan penyerang itu.

Piala Negara-Negara Afrika bermula pada 13 Januari di Ivory Coast dengan perlawanan akhir dijadual pada 11 Februari.Salah dan pasukannya, yang berharap untuk membalas dendam kekalahan memilukan di tangan Senegal pada kejohanan lalu, diundi dalam Kumpulan B di samping Ghana, Cape Verde dan Mozambique.

Dia bukan satu-satunya pemain bintang liga utama yang tampil bagi tugasan antarabangsa dan ia menyebabkan Liga Perdana memperkenalkan rehat dua minggu – sekalipun perlawanan masih akan dilangsungkan setiap hujung minggu dalam tempoh itu.

Ketika sesetengah pemain mendapat rehat, Salah berpotensi terlepas tujuh perlawanan bersama Liverpool.

Selepas membantu Liverpool layak ke separuh akhir Piala Liga dengan membenam West Ham 5-1, mereka kini berdepan Fulham dalam dua aksi separuh akhir pada 10 dan 24 Januari.

The Reds juga akan berdepan Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris pada 7 Januari.

Liverpool kembali ke aksi EPL di gelanggang lawan menentang Bournemouth pada 21 Januari dan mereka akan beraksi tiga lagi perlawanan liga utama hingga minggu terakhir final Piala Negara-Negara Afrika.

sumber:- HM

Ia termasuk dua perlawanan genting menentang Chelsea dan Arsenal sekali lagi.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

8 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

9 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

11 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

13 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

13 hours ago