sukan

Selangor FC boleh tarif nafas lega dengan pengumuman terbaharu

Isu membabitkan venue Selangor FC mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL 2) pada musim depan bukan lagi masalah besar apabila pasukan terbabit sudah mendapatkan penyelesaian sewajarnya tanpa perlu keluar dari Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dinaiktaraf agar memenuhi segala piawaian yang dikehendaki.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan Stadium MBPJ (dan) pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menaik taraf beberapa kemudahan di stadium ini.”

“Kerja-kerja itu akan bermula tak lama lagi dan harapnya menjelang permulaan musim baharu, bermula April insya-allah beberapa penambahbaikan seperti kerusi, pencahayaan, PA system, bumbung, sumber air dan sebagainya,”

“Kita memang ada senarai perkara sedang bekerjasama dengan MBPJ untuk menaik taraf stadium ini, untuk lebih sesuai dengan prestij ACL2,” katanya.

Mengikut rekod, sebelum ini timbul tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan sama ada Stadium MBPJ boleh dijadikan sebagai venue untuk perlawanan terbabit atau sebaliknya.

Ketika ini,stadium dengan kapasiti 25,000 tempat duduk yang digunakan oleh skuad Red Giants sejak 2021 itu tidak memenuhi piawaian Peraturan Stadium Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi dijadikan venue perlawanan untuk kejohanan anjuran AFC.

Paling ketara adalah sebahagian besar tempat duduk penyokong tidak dipasangkan dengan tempat duduk tunggal iaitu salah satu kriteria penting di dalam Peraturan Stadium AFC.

Difahamkan, usaha dan inisiatif untuk menaik taraf pelbagai kemudahan di stadium itu digerakkan MBPJ selaku pemiliknya dan disokong penuh oleh pihak Selangor FC.

sumber:- HM

Keutamaan usaha dan inisiatif itu digerakkan sememangnya untuk kegunaan Selangor FC pada musim hadapan.