sukan

Sri Pahang tidak tunggu lama

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) tidak menunggu lama untuk mengumumkan Fandi Ahmad kekal selaku ketua jurulatih Sri Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan Fandi yang juga legenda bola sepak Singapura untuk membimbing skuad Tok Gajah untuk musim kedua.

“Alhamdulillah, saya akan bersama Sri Pahang untuk semusim lagi. Moga dipermudahkan segalanya dan memastikan Sri Pahang akan lebih mantap. Setakat ini, saya tidak boleh ulas lebih lanjut peersedian Sri Pahang untuk musim depan,” kata jurulatih berusia 61 tahun itu.

Skuad Tok Gajah menamatkan saingan di kedudukan kelima daripada 14 pasukan yang beraksi di Liga Super, lebih baik berbanding musim lalu di kedudukan ketujuh daripada 12 pasukan.

Related Post

Berdasarkan pencapaian dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang mara ke suku akhir manakala Piala FA pula mara ke pusingan 16 terakhir.

sumber:- HM

Musim ini Sri Pahang meletakkan sasaran lima terbaik dalam saingan Liga Super.