Sekalipun ketika ini dilihat seakan berada di ‘puncak dunia’, bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi bertekad untuk terus menjadi lebih baik bagi membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar lebih banyak kejayaan pada musim mendatang.
Pemain kebangsaan itu akan terus beraksi bersama skuad Harimau Selatan selepas melanjutkan kontraknya bersama juara ‘double quadruple’ terbabit, semalam.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, musim 2023 jelas menjadi musim yang terbaik buat dirinya terutama selepas meledak 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan dalam laluan membantu JDT ‘menyapu bersih’ semua empat trofi domestik pada musim ini.
Malah, dia turut menzahirkan penghargaan kepada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi watak penting dalam mengangkat kariernya sehingga ke tahap ini.
“Alhamdulillah, satu penghormatan untuk terus mendapat peluang bersama JDT bagi tahun akan datang. Saya bangga dan gembira untuk berada di pasukan ini sejak hari pertama.
“Saya akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari tahun ke tahun. Banyak memori yang tak dapat saya lupakan bersama JDT sepanjang tahun 2023.
“Junjung kasih Tunku (Tunku Ismail) atas segalanya,” kata Arif Aiman.
Sejak meraih penampilan pertama bersama skuad senior pada Mac 2020, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) untuk dua tahun berturut-turut itu tidak menoleh ke belakang dan terus menggegar arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.
sumber:- BH
Bermula daripada Akademi JDT pada 2018, dia menaiki tangga demi tangga menerusi JDT IV, JDT III, JDT II dan sehinggalah ke skuad senior.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More