sukan

Boleh ke nak pujuk MFL

Tiada laluan ‘istimewa’ buat Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) sekalipun sudah mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.

Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan MAFA masih tertakluk dengan proses pelesenan kelab sekiranya berhasrat untuk kembali bersaing ke Liga Super yang dijadual hanya membuka tirainya, April depan.

“Sudah pasti ada proses yang perlu dilalui mereka iaitu membabitkan proses pelesenan yang seharusnya dipatuhi mereka. Tetapi kita akan tunggu apabila mereka menghubungi kita nanti.”Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” katanya secara ringkas .

Terdahulu, MAFA mengesahkan pihaknya membuat rayuan kepada badan pengelola liga itu dan FAM bagi membolehkan pasukan berkenaan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Presiden MAFA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata menerusi barisan kepimpinan MAFA yang baharu dilantik, badan induk bola sepak negeri itu juga akan mempersiapkan kerangka terbaik bagi memulihkan sukan itu di Melaka dan mengembalikan zaman kegemilangannya dalam saingan utama dalam negara.

Related Post

Sebagai rekod, pasukan dari negeri itu iaitu Melaka United (MU) sebelum ini gagal memperoleh lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super musim ini selepas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022.

MU didapati tidak mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan F.11.

Meskipun mengemukakan rayuan, namun mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan profesional selepas rayuan mereka ditolak.

sumber:- BH

Sebelum ini, juara Liga M3, Imigresen FC layak beraksi di Liga Super musim depan namun tidak berminat ‘naik pangkat’ selepas tidak mengemukakan dokumen pelesenan seperti diminta MFL sehingga tarikh akhir berbuat demikian.