sukan

Rizal Ghazali sah tinggalkan Sabah

Pemain sayap Sabah FC, Rizal Ghazali sah meninggalkan skuad Sang Badak selepas menamatkan kontraknya bersama pasukan itu pada musim ini.

Sebelum ini, dia dikhabarkan akan kembali ke Semenanjung selepas selesai perlawanan akhir Liga Super musim ini, namun belum ada kepastian mengenai pasukan baharunya.

Perkembangan mengenai Rizal itu didedahkan sendiri Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melalui perkongsian di akaun Instagram beliau.

Kim Swee mengucapkan terima kasih kepada Rizal dan seorang lagi pemain yang akan meninggalkan pasukan bimbingannya, Muhammad Irfan Zakaria.

“Ia satu musim panjang dan sukar tetapi sangat bermakna bagi Sabah FC. Walaupun berdepan beberapa cabaran, kita dapat mencapai tempat ketiga dalam Liga Super dan layak lebih awal ke peringkat kalah mati Piala AFC.

“Sebagai jurulatih, saya tahu pemain kelab datang dan pergi dan hari ini saya mengucapkan terima kasih kepada Amri Yahyah, Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria atas perkhidmatan dan komitmen mereka kepada kelab.

“Begitu juga pembantu jurulatih saya, Rastilav Bozik dan jurulatih fizikal, Martin Stano. Tidak dilupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Marzuki yang begitu menyokong sepanjang tempoh saya di sini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada musim yang unik ini,” katanya.

Berdasarkan perkongsian Kim Swee itu, tiga pemain Sabah FC termasuk Amri yang bersara daripada arena profesional bola sepak sah tidak lagi bersama skuad Sang Badak tahun depan.

Ahad lalu, tiga pemain sedia ada Sabah FC, Rawilson Batuil dan Umareng Bachok serta pemain import, Ramon Machado menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama pasukan.

sumber:- HM

Secara keseluruhan, seramai 19 pemain Sabah FC pada musim ini kekal bersama pasukan pada musim depan.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

7 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

9 hours ago