sukan

Persoalan akhirnya terjawab

Persoalan akhirnya terjawab, Selangor bakal beraksi di pentas Asia musim 2024-2025.Susulan pencapaian muncul naib juara Liga Super bagi musim 2023, Selangor FC kendalian Tan Cheng Hoe bakal membawa cabaran ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 musim hadapan.

Ini kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya muncul juara Liga Super serta Piala FA, tiket ACL2 diberikan kepada pasukan kedua terbaik dalam saingan liga.

Sebelum ini, status Selangor ke pentas Asia bagai tergantung tanpa tali apabila tiada pengumuman yang mengesahkan mereka bakal beraksi di pentas Asia dan kini ia telah terlerai dengan mereka berhak memperoleh tiket tersebut.

Related Post

sumber:- SA

Tahniah diucapkan kepada Selangor FC yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.