sukan

Azeem pecah Rekod 200M untuk muncul Juara

Pelari pecut kebangsaan, Muhd Azeem Mohd Fahmi mudah memecah rekod acara 200 meter (m) Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-SSBJ Innotex 2023 dengan catatan masa 21.99 saat (s) di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Rekod dicatatkan Azeem itu sekali gus memadam catatan pelari dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Muhd Syahrul Adli pada 2019 dengan catatan 22.17s.

Azeem yang berlari di saringan lima ternyata sukar dicabar pelari lain meskipun dia memperlahankan rentaknya di penghujung larian.

“Sebelum saya ke sini, jurulatih memberitahu supaya tidak terlalu menggunakan sepenuh tenaga kerana dalam transaksi pra musim kerana baru habis ‘conditioning’. Saya akan mulakan musim baharu pada Januari.

Related Post

“Jadi perlu menunggu sehingga masa sesuai dan sebab itu saya perlahankan larian, ini hanya untuk saya dapatkan momentum dan perasaan kejohanan sahaja,” kata Azeem ketika ditemui media selepas menamatkan acara berkenaan, hari ini.

sumber:- HM

Tambahnya, pemegang rekod 100m kebangsaan itu turut teruja dengan sambutan orang ramai terhadap dirinya dan mengakui kejayaan hari ini hasil doa mereka.