sukan

Spekulasi dikhabarkan libatkan Faisal Halim

Faisal Halim dikhabarkan akan kekal lebih lama bersama Selangor.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain sayap lincah Harimau Malaya itu difahamkan sudah melanjutkan kontrak jangka panjang bersama Gergasi Merah.

Sebagai Rekod, Faisal menjaringkan 12 gol dalam musim Liga Super pertamanya di Selangor.

Terdahulu, Selangor FC membuktikan mereka adalah ‘raja’di Lembah Klang selepas menumpaskan PDRM FC 3-1 pada perlawanan terakhir Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Jelas sekali, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yang mendapat tonik daripada ribuan penyokong sendiri bermula garang apabila melakukan serangan berbahaya sebaik perlawanan bermula.

Gol tuan rumah dijaringkan Faisal Halim Ayron del Valle dan Richmond Bokye sekali gus memastikan tiga mata milik Selangor FC.

Pasukan pelawat pula hanya menjaringkan satu gol menerusi Fadi Awad yang mudah menyempurnakan hantaran Uche Agba sekali gus menewaskan Khairulazhan Mohd Khalid.

sumber:- SA

Keputusan itu menyaksikan Selangor FC mengakhiri saingan Liga Super di tangga kedua Liga Super dengan 61 mata manakala PDRM FC pula ditangga kelapan selepas memperoleh 37 mata.