sukan

Shahrel Fikri mungkin sertai pasukan baharu

Penyerang yang pernah mewakili skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi, dilaporkan akan meninggalkan Negeri Sembilan musim depan.

Shahrel Fikri kembali menempatkan namanya dalam peta bola sepak negara selepas menemui sentuhan penyudahnya bersama skuad Jang itu musim ini.

sumber:- SA

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas penyerang Selangor itu difahamkan akan memperkuatkan Sri Pahang musim depan.