sukan

Saya akan kembali ke Sabah — Amri Yahyah

Pemain senior Sabah FC, Mohd Amri Yahyah, tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Sabah jika ditawarkan tugas baharu termasuk dalam bidang kejurulatihan selepas bersara daripada arena profesional bola sepak, mulai hari ini.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan akhir Liga Super Sabah menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas, malam tadi, bagaimanapun berkata beliau tetap tidak melupakan Sabah selepas tiga tahun berhijrah ke negeri ini.

Sambil berseloroh, beliau berkata pasti akan datang semula ke Sabah sebagai pelancong, namun setakat ini belum terfikir untuk kembali berkhidmat memegang tugas lain bersama pasukan dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, saya akan kembali sebagai seorang pelancong di Sabah. Untuk pengurusan, saya belum fikir lagi tapi kalau ada rezeki InsyaAllah,” katanya ketika ditanya kemungkinan ditawarkan tugas baharu dalam pasukan selepas ini.

Katanya, beliau belum lagi menentukan hala tuju selepas bersara, namun mengharapkan perjalanan kehidupan selepas ini dapat ditempuhi dengan baik.

Beliau juga tidak melupakan sokongan peminat dan penyokong bola sepak di Sabah yang menyokongnya bersama pasukan Sabah FC sepanjang berada di negeri ini sejak 2021.

“Saya mengucapkan ribuan dan berjuta terima kasih kepada penyokong yang datang malam ini (malam tadi) dan semua peminat di Sabah kerana menyokong saya dan pasukan.

sumber:- HM

“Hala tuju belum ada lagi setakat ini, tapi saya tengah merancang. Doakan saya agar dapat meneruskan kehidupan dan saya harap ia dapat membantu saya,” katanya.