sukan

Komen Nafuzi selepas dipotong Sabah saat akhir

Pengendali Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukannya dalam saingan Liga Super musim ini walaupun gagal mempertahankan kedudukan ketiga liga.

Beliau berkata, mengakhiri saingan musim ini di tempat keempat sudah cukup baik bagi dirinya selepas membimbing pasukan Sang Kenari itu sejak awal tahun ini.

Jelasnya, pemain Kedah memberikan persembahan yang baik sepanjang perlawanan akhir Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas malam tadi yang menjadi penentu siapa menduduki tempat ketiga dan keempat.

“Saya ucapkan tahniah kepada Sabah dan saya rasa kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang baik pada malam ini (malam tadi).

“Bagi Kedah, saya rasa persembahan pemain lebih baik pada separuh masa kedua berbanding babak pertama di mana kita dalam keadaan tertekan dan membiarkan gol mudah yang memberi keseleaaan kepada Sabah.

sumber:- HM

“Memasuki babak kedua, kita cuba bangkit tetapi gagal mencipta jaringan, namun saya berpuas hati dengan persembahan Kedah walaupun hanya dapat tempat keempat,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.