sukan

Komen Kim Swee selepas berjaya rampas kedudukan Kedah

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kejayaan pasukannya merampas tangga ketiga Liga Super musim ini daripada Kedah Darul Aman FC sebagai sesuatu yang positif.

Katanya, kedudukan itu menyamai pencapaian pasukannya pada saingan Liga Super musim lalu, sekali gus memperlihatkan Sabah berjaya mengekalkan apa yang dilakar sebelum ini.

Walaupun bukan kejayaan yang besar, beliau berkata, pencapaian itu adalah hasil kemampuan anak buahnya mengekalkan prestasi sepanjang aksi musim ini, terutama pada saingan pusingan kedua.

“Mengakhiri musim dengan apa yang kita capai pada musim lalu adalah satu perkara yang cukup positif.”Saya tidak boleh katakan ia satu kejayaan besar tetapi kita mampu mengekalkan prestasi kita di Liga Super terutama pada saingan pusingan kedua,” katanya pada sidang media selepas aksi akhir Liga Super 2023 di Stadium Likas, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Sabah berjaya menundukkan Kedah 2-0 hasil jaringan Irfan Fazail dan Ramon Machado, kedua-dua jaringan disempurnakan pada separuh masa pertama perlawanan.

Kim Swee berkata, kejayaan anak buahnya mempamerkan persembahan yang baik di hadapan kira-kira 12,000 penonton membuktikan pemain Sabah FC mempunyai mentaliti sikap yang positif dan semangat yang tinggi.

sumber:- HM

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan prestasi mereka terutama apabila kita bermain dalam separuh akhir Piala AFC nanti, di mana kita akan bermula selepas cuti beberapa minggu,” katanya.