sukan

Tiga rekod baharu sekali gus

Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup tirai aksi mereka dalam saingan Liga Super 2023 dengan penuh bersejarah dan bergaya selepas perlawanan menentang Penang di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Berdasarkan ‘kad laporan’ penuh selepas 26 perlawanan yang diharungi sepanjang musim ini, Harimau Selatan mencatatkan sekurang-kurangnya tiga rekod baharu dalam Liga Super yang mana ia pastinya sukar untuk dipecahkan pasukan lain.

Rekod terbesar dicipta kelab milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu adalah mempertahankan kejuaraan Liga Super selama sedekad atau 10 kali berturut-turut sejak 2014.

Dua lagi rekod baharu dicipta skuad kendalian Esteban Solari selepas menewaskan Penang 8-0 yang mana menyaksikan JDT mencapai angka 100 gol diledak mereka musim ini.

Ia jaringan terbesar diledak oleh satu pasukan dalam semusim sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004 dengan rekod sebelum ini dipegang Selangor pada 2009 dengan mengumpul 64 gol.

Selain itu, menamatkan aksi dengan Penang tanpa bolos, Harimau Selatan merekodkan jumlah bolos paling sedikit dalam sejarah Liga Super apabila hanya melepaskan tujuh gol sepanjang 26 perlawanan.

JDT pernah bolos lapan kali pada musim 2020, namun ketika itu saingan Liga Super hanya berlangsung satu pusingan atau membabitkan 11 perlawanan kerana COVID-19.

Seandainya mengambil kira semua kejohanan domestik, JDT mencipta sejarah besar apabila muncul pasukan pertama meraih ‘double quadruple’ atau memenangi empat piala dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.

Selain itu, juara Liga Super 2011 dan 2012, Kelantan pula menerima nasib berbeza apabila mencipta rekod buruk selaku pasukan paling banyak bolos dalam sejarah Liga Super.

sumber:- BH

Kekalahan 2-6 kepada Kelantan United dalam aksi terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) bolos 121 gol dalam 26 perlawanan musim ini.