sukan

Sabah beri penghormatan untuk Amri dalam aksi tolak Kedah kebawah

Sabah memberikan Amri Yahyah hadiah persaraan terbaik apabila mengesahkan penamat tempat ketiga dalam saingan Liga Super musim ini dengan menumbangkan Kedah Darul Aman 2-0 di Stadium Likas sebentar tadi.

Sehari sebelum perlawanan terakhir itu, The Rhinos mengumumkan bahawa penyerang legenda negara berkenaan akan bersara sebaik tamat perlawanan itu dan dia diberikan kepercayaan untuk menutup aksi terakhirnya dengan diberikan lilitan lengan ketika dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-85.

Tuan rumah mendahului sedawal minit ketujuh apabila tonggak tengah, Irfan Fazail, menolak masuk bola daripada hantaran tandukan Ramon Machado susulan gerakan awal Jafri Fridaus Chew.

sumber:- SA

Machado kemudian memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah untuk menjaringkan gol kedua Sang Badak pada minit ke-42.
Dengan kemenangan itu, Sabah memintas Kedah untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 54 mata, satu mata di atas lawan berkenaan.