sukan

Kipre sendiri akhirnya buka mulut

Isu luar padang ingin segera dilupakan Kipre Tchetche apabila mahu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarganya di mana bapanya ketika ini sedang sakit.

Tchetche, 35, sebelum ini dilaporkan memilih untuk menamatkan kontrak sebulan lebih awal bersama Kuala Lumpur City (KL City) FC pada 6 Disember lalu.

Jelasnya, isu permit kerja yang dibangkitkan sudah berlalu dan dia mahu melupakan perkara terbabit.

“Kelab dan saya sudah menemui persetujuan, dan kelab sentiasa memberi peluang untuk saya mengembangkan potensi yang ada.”Laporan mengenai isu permit kerja adalah kisah lalu dan KL City sudah melakukan tanggungjawab mereka.

“Kini keluarga diutamakan terutamanya ayah saya yang memerlukan saya pada masa ini. Terima kasih kepada rakan sepasukan, pemain, jurulatih dan seluruh kelab yang saya hormati serta persahabatan yang dikongsi,” katanya di laman sosial.

Begitupun Tchetche tidak menyebut mengenai tunggakan gaji yang dihadapinya.

Difahamkan, pemain kelahiran Ivory Coast itu tidak menerima gaji sejak tiga bulan lalu dari September, Oktober dan November sekali gus didakwa punca sebenar dia mahu menamatkan kontrak lebih awal dengan KL City.

sumber:- HM

Semalam, Arena Metro berjaya mendapatkan maklum balas Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard yang mengesahkan kontrak Tchetche berakhir lebih awal kerana pemain itu mahu menziarahi bapanya yang tidak sihat di Ivory Coast.