sukan

Malang sungguh nasib Sri Pahang

Persiapan Sri Pahang FC sedikit terjejas menjelang perlawanan terakhir Liga Super musim ini berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC, Sabtu ini.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, keadaan cuaca tidak menentu terutama hujan di daerah ini menyebabkan skuad itu berlatih di padang futsal.

“Hujan berterusan sejak tiga hari lalu menjejaskan persiapan pasukan apabila berlatih di padang futsal.”Namun, saya harap semua pemain dapat berada pada prestasi terbaik apabila berdepan KL City pada perlawanan terakhir liga musim ini.

“Segalanya perlu lebih baik kerana mahu menamatkan aksi liga musim ini dengan kemenangan,” kata legenda bola sepak Singapura itu.

Fandi berkata, biarpun kedudukan kelima kekal sekiranya mereka menang, seri atau tewas, ia peluang terbaik buat anak buahnya mempamerkan prestasi terbaik.

sumber:- HM

Katanya, kemenangan akan membantu semua pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.