Reputasi Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) dua tahun berturut-turut, Arif Aiman Hanapi terus melonjak selepas pemain itu menjadi antara prospek untuk ‘meletup’ pada Piala Asia 2023.
Jangkaan menarik itu diletakkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menyenaraikan bintang muda negara itu sebagai satu daripada lima pemain yang bakal menjadi tumpuan pada saingan penuh prestij Asia di Qatar, awal tahun depan.
Jelas FIFA, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi antara watak penting buat Harimau Malaya terutamanya menerusi pencapaian hebat ditunjukkan Arif Aiman pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan lalu.
“Mereka bangkit daripada ketinggalan 1-3 ketika perlawanan berbaki 20 minit dan berjaya meraih kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan. Arif Aiman menjadi watak penting di sebalik kejayaan itu dengan menyumbang tiga bantuan gol.

“Pemain berusia 21 tahun itu memperaga aksi cemerlang bersama JDT dengan lapan gol dan 13 bantuan gol dalam 23 perlawanan musim ini.
“Dia mula dikenali apabila menjaringkan gol pada aksi persahabatan menentang Borussia Dortmund dan kini menjadi antara prospek terbaik Malaysia,” kata badan induk bola sepak antarabangsa itu.
Malah, FIFA turut memuji impak yang diberikan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang disifatkan berjaya menjadikan Malaysia sebagai antara gergasi di rantau Asia Tenggara.
“Malaysia kini muncul sebagai antara kuasa baharu di rantau Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 aksi terakhir mereka sebelum kehadiran jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.
“Mereka juga memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan langkah kanan apabila memenangi kedua-dua aksi Kumpulan D,” kata FIFA.
Selain Arif Aiman, empat lagi pemain yang turut disenaraikan FIFA adalah Junya Ito dari Jepun yang beraksi bersama kelab Ligue 1, Stade de Reims dan Cho Gue-sung (Korea Selatan) yang beraksi bersama FC Midtjylland.
sumber:- BH
Dua lagi pemain masing-masing pemain dari Australia, Harry Souttar (Leicester City) dan Harib Abdalla dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang beraksi bersama Shabab Al-Ahli.