sukan

Terengganu berduka walaupun kekal Rekod tanpa kalah

Terengganu menamatkan kempen Piala AFC musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Bali United 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Zainal Abidin sebentar tadi.

Gol daripada Sony Norde dan Sardor Kulmatov dalam separuh masa berbeza memastikan skuad Peteh itu menutup kempen dengan kemenangan biarpun tidak layak ke pusingan kalah mati.

Sony melepaskan sepakan serong yang menerjah jaring lawan susulan gerakan set-piece yang dimulakan Habib pada minit ke-39 sebelum Sardor memanfaatkan lorongan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim pada minit ke-89.

Kemenangan itu menyaksikan Sang Penyu kekal berada di tangga kedua Kumpulan G dengan 12 mata, satu mata di belakang juara kumpulan itu, Central Coast Mariners.

Bagaimanapun, Terengganu tidak dapat memintas kelebihan jaringan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown, sekali gus gagal menjadi pasukan naib juara terbaik Zon ASEAN dan terpaksa akur kempen mereka terhenti di peringkat kumpulan.

sumber:- SA

Sebagai rekod, Terengganu mengucapkan selamat tinggal buat kempen berkenaan dengan rekod tanpa kalah, di mana mereka meraih tiga kemenangan dan tiga keputusan seri daripada enam perlawanan.