sukan

Nasib pemain kelahiran Kelantan masih jadi tanda tanya

Susulan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak ketika aksi final Piala Malaysia antara Terengganu (TFC) menentang Johor Darul Ta`zim (JDT), Jumaat lalu, tonggak pertahanan Terengganu FC (TFC), Muhammad Ubaidullah Samsul Fazili kemungkinan terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan serius.

Pertahanan kiri berusia 20 tahun itu mengalami detik ngeri sepanjang kariernya selepas but yang dipakainya terjerlus ke dalam tanah akibat padang rosak.

Lebih menyedihkan selepas insiden itu, pemain kelahiran Kelantan itu bertembung dengan penjaga gol menyebabkan lututnya juga mengalami kecederaan.

Bagaimanapun pemain meningkat naik skuad Penyu itu masih menunggu keputusan ujian MRI (pengimejan resonans magnetic) terlebih dahulu sebelum disahkan sama ada mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

“Berkenaan kasut terlekat dalam padang itu ia adalah satu pengalaman yang pahit pernah saya alami sepanjang karier menjadi pemain bola sepak profesional berikutan keadaan padang yang kurang memuaskan.

“Insiden kedua dengan penjaga gol kami, saya betul-betul tidak perasan ketika itu apabila kaki terkena kepala Suhaimi Husin, kerana saya fikir hanya mahu menyelamatkan bola selain keadaan lutut kanan saya ketika itu tidak stabil.

“Saya masih menanti keputusan MRI sama ada saya terpaksa berehat panjang ataupun sebaliknya, namun saya harapkan tidak lama kerana masih ada tugasan bersama TFC dan skuad kebangsaan,” katanya yang lebih mesra disapa Ubai ketika dihubungi.

sumber:- BH

Ketika ditanya mengenai perasaannya selepas disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan dengan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad dan Muhamad Safwan Mazlan di barisan pertahanan, bekas pemain skuad Projek FAM-MSN itu mengakui teruja kerana kali pertama beraksi di pentas final trofi berprestij itu.