sukan

Komen Steinbruckner menjelang aksi berdepan wakil Indonesia

TERENGGANU FC (TFC) tekad memburu kemenangan dalam perlawanan menentang kelab Indonesia, Bali United pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner menyatakan pemain TFC perlu bangkit daripada kekecewaan meskipun kalah 3-1 ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Jumaat lalu.

Saya sedikit risau selepas final Piala Malaysia. Pemain berasa kosong mungkin bukan dari segi fizikal tetapi emosi disebabkan kalah pada perlawanan tersebut.

“Selain itu, saya jangkakan perlawanan sengit daripada Bali United merupakan sebuah pasukan terbaik dalam Liga Indonesia tetapi pasukan kita juga ada kualiti dan terbaik.

“Saya juga percaya bahawa setiap pemain TFC sudah bersedia walaupun berdepan kecederaan malah yakin mereka juga sangat kuat menghadapinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Media di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat sini pada Selasa.Meskipun tanpa kehadiran pemain seperti Alif Zakaria, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Azmi Azmi yang mengalami kecederaan, namun Steinbruckner tetap optimis mahu TFC melakar kemenangan pada perlawanan itu.

sumber:- SH

“Setiap perlawanan ada tekanan dan ia adalah normal tetapi ia merupakan tugas kita untuk atasi tekanan itu.”Pada perlawanan sebelum ini kita mahu menang dan pamerkan aksi terbaik. Walaupun ia dilihat mencabar tetapi tiada pilihan lain kita tetap perlu memenangi perlawanan itu nanti,” ujarnya.