sukan

JDT tutup saingan ACL dengan penuh bermaruah

Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan cabaran saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan kemenangan 4-1 ke atas BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Bergson Da Silva, Arif Aiman, Heberty kembali bergandingan dalam kesebelasan utama JDT dalam aksi di SSI berdepan dengan kelab dari Thailand itu.

Akhyar Rashid dibawa masuk awal dalam separuh masa pertama susulan Oscar Arribas mengalami kecederaan bahu berikutan pelanggaran dengan pemain lawan.

JDT ketinggalan menerusi jaringan Igor Sergeev yang menampan masuk hantaran silang Santipharp Channgom sekaligus mudah menewaskan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.

Bermain sebagai satu unit menjadi sajian taktikal BG Pathum United dalam separuh masa pertama sekaligus mengekang setiap usaha serangan daripada JDT.

Permulaan separuh masa kedua menyaksikan JDT sudah mula menemui rentak, serangan demi serangan menyaksikan mereka semakin hampir mendapatkan jaringan.

Sehinggalah BG Pathum terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain apabila Danilo Almeida Alves dilayangkan kad merah kerana melakukan halangan tandukan Bergson.

Bergson tenang mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti.
Momentum perlawanan seakan sudah berubah apabila PG Pathum tidak berganjak daripada kawasan mereka sendiri menyerap serangan demi serangan tuan rumah.

Akhirnya JDT berjaya menemui peluang untuk menggandakan jaringan apabila rembatan leret Bergson sekali lagi menewaskan Chatchai Bootprom.

Kehadiran Ikhsan Fandi yang dibawa masuk menggantikan Igor dilihat sebagai percaturan untuk kembali mengejar permainan, bagaimanapun percubaannya gagal menemui sasaran.

JDT meledak dua jaringan menerusi pemain gantian Endrik dos Santos sebelum gerakan solo cemerlang daripada Arif Aiman menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 4-1.

sumber:- SA

JDT menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan I, mengumpulan sembilan mata sementara BG Pathum gagal meraih sebarang mata dalam keenam-enam perlawanan mereka dalam saingan AC