sukan

Hasrat skuad Pan Gon tidak kesampaian

Hasrat Harimau Malaya untuk mengadakan aksi pemanas badan berdepan Arab Saudi sebelum pusingan akhir Piala Asia 2023 bulan hadapan tidak menjadi kenyataan.

Ia selepas aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu yang dijangka berlangsung pada 3 Januari depan itu dikatakan dibatalkan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan bahawa Arab Saudi mungkin menjadi salah satu pasukan yang bakal menguji skuad kendalian Kim Pan Gon sebelum ke Piala Asia di Qatar.

Bagaimanapun, berdasarkan jadual aksi persahabatan membabitkan pasukan kebangsaan Arab Saudi bagi bulan hadapan, Malaysia tiada senarai itu.

Tiga aksi persahabatan yang akan harungi Arab Saudi adalah berdepan Lubnan pada 4 Januari sebelum menentang Palestin (9 Januari) dan Hong Kong (10 Januari).

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan persoalan pasukan mana yang akan menjadi lawan buat Harimau Malaya dalam usaha Pan Gon mendapatkan ujian terbaik sebelum ke Piala Asia.

Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-130 dunia layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit buat kali pertama selepas 42 tahun.

Anak buah Pan Gon diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali, Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

sumber:- BH

Pasukan negara dijadual menentang Jordan pada 16 Januari depan, Bahrain (20 Januari) dan aksi terakhir kumpulan bertemu Korea Selatan pada 25 Januari.