sukan

FAM akhinya buka mulut isu pengadil Final

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik pengadil perlawanan, S. Logeswaran, bagi aksi final Piala Malaysia merupakan prestasi cemerlang dipamerkan sepanjang musim 2023.

Logeswaran dilantik sebagai pengadil utama perlawanan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jumaat lalu.

Dengan JDT muncul sebagai pemenang sekaligus mempertahankan gelaran bagi melengkapkan ‘quadruple’ berganda, ternyata mutu pengadilan yang dipamerkan sepanjang perlawanan mencetus ketidak puas hati oleh sebilangan besar yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, FAM telah mengeluarkan kenyataan mengenai bahawa pelantikan Logeswaran merupakan berdasarkan prestasi yang cukup baik sepanjang musim 2023.

“Berdasarkan situasi tersebut, pemilihan S. Logeswaran dari Selangor telah dilakukan dengan rapi dan mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengadil FAM selepas mengambil kira faktor beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat baik di sepanjang Liga Malaysia 2023 mengikut laporan penilai pengadil, selain beliau adalah pengadil yang berkecuali,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Hj Rahman.

“Logeswaran juga merupakan antara pengadil senior dalam saingan Liga Malaysia dengan beliau adalah Pengadil Kebangsaan Kategori A.”

sumber:- SA
Dalam satu lagi isu berkaitan, FAM tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan teguran yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina terhadap mutu pengadilan pada aksi final tersebut dan apa yang tular di media sosial itu adalah berita atau kenyataan palsu.